ALOR SETAR: Suspek yang menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit dan menumbuk seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar maut selepas terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dalam usaha melarikan diri selepas diekori polis pada Khamis.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat di dalam kedua-dua kejadian ini.
Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu telah membuat perbuatan khianat dengan menconteng di bahagian tembok dinding Istana Anak Bukit dengan tulisan ‘SAMR’ pada jam 3 petang Khamis.
"Siasatan juga mendapati suspek menggunakan motosikal berwarna hitam. Ekoran dari kejadian tersebut, pasukan operasi telah memulakan operasi mengesan suspek.
"Seterusnya pada jam lebih kurang 5.00 petang, suspek tersebut dipercayai telah pergi ke IPD Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis yang sedang bertugas.
"Beliau turut membaling sebuah objek disyaki pistol mainan lalu melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal warna hitam.
"Anggota polis tersebut telah mengalami kecederaan di bahagian muka," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, usaha mengesan suspek diteruskan dan polis telah menjumpainya di kawasan Gurun, di Sungai Petani dan lelaki itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
"Pasukan polis terus mengekori suspek dan telah memberi amaran untuk berhenti namun dia tidak berhenti dan terus melarikan diri.
"Semasa dalam usaha melarikan diri, motosikal yang ditunggang laju oleh suspek telah terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dan telah mengalami kecederaan.
"Polis telah menghubungi hospital untuk mendapatkan bantuan ambulan. Apabila ambulan sampai, pegawai perubatan yang bertugas telah mengesahkan suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian," ujarnya.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan.
Artikel asal di Sinar Harian: Suspek conteng dinding istana, tumbuk polis maut kemalangan
Sinar Harian
Thu Jul 15 2021
Suspek maut selepas terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dalam usaha melarikan diri selepas dikejar polis pada Khamis. -FOTO PDRM KEDAH
PBB adakah upacara peringatan untuk bekas Presiden dan Menteri Luar Iran
Presiden UNGA, Dennis Francis telah mengumumkan bahawa upacara tersebut dijadualkan pada Khamis, 30 Mei.
AWANI Tonight: 24 May 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Sungai Bakap: PAS assemblyman dies aged 56
2. HAWANA 2024: Expediting media council to enhance journalistic practices
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Sungai Bakap: PAS assemblyman dies aged 56
2. HAWANA 2024: Expediting media council to enhance journalistic practices
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Accelerating AI growth in APAC
Astro AWANI Correspondent Farhana Sheikh explores the role of AI in transforming industries and the challenges for integrating the technology in the APAC region at the at Red Hat Summit in Denver, Colorado.
KT046 bawa 283 jemaah, kumpulan pertama tiba di Jeddah
Penerbangan pertama membawa KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat waktu Arab Saudi.
56 jemaah penerbangan dijadual semula tiba di Jeddah
Liputan haji 2024, lintas langsung dari Mekah bersama Editor dan Penerbit Astro AWANI berkongsi perkembangan terkini 56 jemaah haji KT43 yang penerbangan mereka dijadual semula, akan tiba di Jeddah Arab Saudi, pada Jumaat malam. Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman juga berkongsi mengenai cadangan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengenai terminal khas untuk jemaah Umrah.
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan sekerap enam bulan sekali - MTUC
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan lebih kerap untuk pastinya ia sesuai dengan peningkatan kos sara hidup.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Suspek conteng dinding istana, tumbuk polis maut kemalangan
Siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat di dalam kedua-dua kejadian ini.